Terbang Tinggi Lagi GOLD!

1,147

Harga emas melonjak tinggi pada Rabu didorong oleh kelemahan US dolar susulan harapan yang meningkat terhadap kesepakatan dalam pakej rangsangan coronavirus baru Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, dagangan logam kuning meningkat hampir 0.6% mencapai paras harga $1,918 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan tinggi pada $1,923 per auns (10.30 pagi waktu Malaysia).

Dolar greenback terus mengalami tekanan yang meningkat minggu ini dengan didagangkan melemah paras terendah satu bulan berbanding sekumpulan mata wang utama ketika perkembangan positif mengenai rangsangan AS mendorong pelabur beralih kepada aset berisiko.

Emas yang dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan penurunan mata wang, telah meningkat 28% tahun ini disokong oleh langkah rangsangan dan pelonggaran monetari besar-besaran daripada kerajaan dan bank pusat di seluruh dunia.

White House dan Demokrat di Kongres AS dilaporkan semakin hampir untuk mencapai kesepakatan walaupun masih tersekat dalam isu bantuan kepada kerajaan negeri dan tempatan serta tuntutan Parti Republik untuk perlindungan liabiliti bagi perniagaan.

Speaker Dewan, Nancy Pelosi tetap menyatakan keyakinan beliau bahawa persetujuan akan dapat dicapai sebelum pilihan raya presiden.

Selain daripada perkembangan mengenai rundingan ini, pelabur emas juga akan menyaksikan perbahasan presiden terakhir pada hari Khamis untuk menilai perubahan arah pemilihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat