Terbantut Lagi! EUR/USD Kembali Berlegar Di Zon Tumpuan $1.13000

386

Raja matawang USD mencatatkan sedikit pengukuhan pada penghujung minggu lalu setelah kecairan matawang yang rendah berikutan kebanyakan pemain pasaran ‘berehat’ sempena sambutan Krismas.

Pelbagai faktor mungkin bakal terus dinilai oleh pelabur yang di antaranya adalah sentimen mengenai jangkitan Omicron serta potensi Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah di tahun 2022.

Kebanyakan pelabur juga berkebarangkalian akan berwaspada terhadap aktiviti pengambilan untung (profit taking) di kala pasaran menjelang ke penutup suku keempat 2021 dan pengakhiran Disember.

Nampaknya kelihatan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD yang mulanya sedikit perlahan telah memaparkan terjunan ketika ingin memasuki ke pembukaan sesi New York minggu lalu (Jumaat).

Yakni aksi terjunan itu tampaknya kembali mencecah ke zon RBS (resistance become support) 1.13000 sebelum bersinar semula pada awal minggu penutup suku keempat dengan lonjakan melebihi 20 pips.

Pergerakan harga juga tampaknya seakan memberi isyarat awal kepada perubahan corak downtrend sejajar dengan harga mula kembali didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Dalam hal ini, pelabur berkemungkinan bakal menantikan harga kembali menembusi zon RBS 1.13000 untuk sekali lagi mencecah ke paras sokongan paling kukuh setakat ini sekitar paras 1.12650-1.12350.

Penekanan lebih parah untuk kekal membuat penurunan sama sekali akan mendorong harga jejaki ke zon sokongan 1.12000 yang turut dianggap sebagai paras terendah 2021 yang dicapai pada November.

Sebaliknya andai kata pergerakan harga kembali cemerlang untuk mempersembahkan trend kenaikan, maka paras rintangan sekitar 1.13500 dan harga mungkin dijangka berupaya untuk melepasi paras itu.

Oleh yang demikian, zon rintangan 1.14000 berkebarangkalian akan menjadi sasaran yang berikutnya untuk dicapai dan secara tidak langsung juga bakal mengubah jangkaan untuk harga kekal menjunam.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat