Terbantut! Lonjakan EUR/USD Terhenti Di Paras $0.9800

153

US dolar berjaya menutup dagangan sedikit kukuh semula pada penutupan minggu lalu setelah menyusut sebelumnya ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Khamis.

Pada sesi New York Jumaat lalu, data jualan runcit AS diterbitkan agak suram sebelum data tinjauan keyakinan pengguna yang diterbitkan selepas itu menyokong US dolar untuk kukuh dengan bacaan yang meningkat.

Penganalisis juga menilai jangkaan aktiviti pengambilan untung (profit taking) di penghujung minggu yang mendorong pemulihan semula US dolar.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, lonjakan harga pada Khamis lalu selepas reaksi pada data inflasi AS dilihat gagal untuk melepasi rintangan 0.98000.

Bersambung pada Jumaat, rintangan tersebut kekal menghalang harga untuk membuat kenaikan lebih tinggi apabila diuji untuk beberapa sesi.

Penutupan harga di sesi terakhir minggu tersebut menyaksikan harga berlegar perlahan di atas zon 0.97000 yang menjadi zon support semasa buat harga.

Harga juga dilihat bergerak perlahan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat bearish, bersambung hingga pembukaan dagangan awal minggu ini.

Sekiranya harga melanjutkan penurunan sehingga melepasi zon support 0.97000, paras terendah minggu lalu sekitar 0.96300 bakal dicabar.

Pergerakan bearish harga yang lebih jelas akan mendorong harga menuju ke zon support terendah 20 tahun pada 0.95500.

Namun jika harga memaparkan corak kenaikan semula, rintangan pada 0.98000 sekali lagi akan menjadi tumpuan yang akan diuji oleh harga.

Melepasi rintangan tersebut akan menyokong kenaikan lebih tinggi harga dengan sasaran untuk menuju ke zon 0.99000 sebelum ke zon pariti 1.0000 yang dicapai awal Oktober lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat