Terciduk! NFT Donald Trump Terhempas Jauh

490

“Tu la orang kata jangan beria sangat, last-last sengsara”

Selepas menjadi bualan hebat di kalangan para pelabur mata wang kripto, koleksi kad trading non-fungible token (NFT) yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara tiba-tiba menyepi.

NFT berikut yang bersandarkan rangkaian Ethereum (ETH) Polygon dilaporkan telah menjunam lebih 98% daripada harga asalnya $3.5 juta kepada $59,300 dan masih meneruskan lagi penurunannya setakat penulisan ini.

Berbanding Bored Ape Yacht Club (BAYC) yang menjana jualan sebanyak $2 juta sepanjang hari lalu, koleksi NFT tersebut yang digelar Trump Digital Trading Cards hanya memperoleh $44,000.

Bukan itu sahaja, harga lantai NFT Trump setakat ini juga adalah pada harga 0.15 ETH ($180) dengan jualan serendah $131.

Umumnya, NFT tersebut telah melancarkan 44,000 unit bernilai $99 setiap satu yang membenarkan para pembeli mendapat pelbagai pengalaman unik seperti makan malam, bertemu ataupun bersalaman dengan Trump.

Namun, kebanyakan individu termasuk penyokong Trump telah mengkritik koleksi NFT tersebut dengan menganggapnya sebagai penipuan wang tunai semata-mata.

Secara konteks, NFT Trump meraih $4 juta semasa jualan awalnya dan secara keseluruhan mereka telah menjana sebanyak $9.8 juta, tetapi perlu diingat bahawa pasukan Trump akan mengambil 10% daripada jualan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat