Terciduk Trader Pagi Ini, Emas Tiba-tiba Terjun

881

Emas terjun pada sesi Asia berikutan peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun susulan laporan yang menyatakan Presiden Joe Biden akan melancarkan pelan rangsangan yang lebih besar pada hari ini.

Lonjakan dalam hasil bon AS telah mendorong US dolar untuk menyambung peningkatannya berbanding kebanyakan matawang utama.

Terbaru, Presiden Joe Biden dijangka akan melancarkan pelan rangsangan Covid-19 bernilai $2 trilion, menurut penasihatnya yang telah memberitahu sekutunya di Kongres untuk bersedia.

Susulan daripada itu, logam berharga emas jatuh pada $1,828 per auns, sebelum kembali meningkat ke sekitar paras harga $1,840 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan rendah pada $1,838 per auns (12.20 pm waktu Malaysia).

Walaupun keyakinan pasaran terhadap ekonomi AS akan kembali pulih dengan lebih kuat sehingga mendorong peningkatan hasil bon AS, namun, para pelabur juga bersedia untuk berlindung daripada inflasi susulan pelaksanaan langkah rangsangan yang besar ini.

Oleh itu, penurunan emas dilihat terbatas dan kembali diniagakan di sekitar tahap yang sama pada minggu ini, selepas membuat terjunan awal sesi Asia tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat