Terdapat Potensi Untuk Dagangan GOLD Kembali Melonjak

995

Harga emas bergerak perlahan dengan corak penurunan harga dilihat pada minggu lalu selepas kenaikan harga sebelumnya hanya mencapai paras ketinggian 1992.00 pada carta XAU/USD.

Beberapa faktor dilihat akan mempengaruhi pergerakan harga emas minggu ini.

Antaranya adalah jangkaan pergerakan matawang US dolar selepas laporan data pekerjaan NFP diterbitkan Jumaat lalu.

Susulan bacaan laporan yang memberangsangkan, US dolar berkemungkinan akan meneruskan momentum pengukuhan pada minggu ini dan akan memberi tekanan terhadap harga emas.

Namun, terdapat jangkaan untuk US dolar kembali melemah dalam pasaran berikutan kenyataan dovish oleh penggubal polisi bank pusat Amerika Syarikat di mana melihat pelonggaran polisi akan ditingkatkan yang akan melemahkan semula nilai US dolar.

Selain itu, sentimen pasaran yang dijangkakan akan berisiko semula akan memberi kelebihan terhadap dagangan emas sebagai aset-safe haven dalam pasaran.

Ini adalah berikutan ketegangan yang dijangka akan meningkat di antara ekonomi gergasi dunia iaitu AS dan China susulan ancaman AS untuk menyenarai hitamkan syarikat pembuat cip dari China, SMIC.

Hal tersebut akan memberi impak besar terhadap sektor teknologi China dan pastinya China tidak akan berdiam diri akan membalas tindakan tersebut. Ketegangan yang terus meningkat akan turut mendorong permintaan tinggi terhadap aset safe-haven termasuk emas.

Pelabur masih memantau sama ada penurunan harga emas akan kembali ke paras $1900 semula atau adakah akan kembali melonjak semula untuk mencapai paras $2000. Harga bergerak dalam julat harga tersebut untuk dagangan 3 minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat