Terduduk Di Bucu Katil, Pelabur Kurang Bernafsu Menjelang Data GDP Q2

273

Bursa Malaysia memulakan dagangan akhir minggu dengan aktiviti profit-taking memenuhi pasaran berdasarkan prestasi keuntungan semalam dengan pelabur menantikan pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ke-2 negara.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.12 mata pada 1,505.44 daripada penutupan Khamis pada 1,505.56.

Indeks dibuka lemah 0.49 mata pada 1,505.07.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 189 mengatasi kaunter untung pada 105, manakala 189 kaunter pula tidak berubah, 1,855 tidak didagangkan dan 24 digantung.

Jumlah perolehan pada 98.91 juta unit bernilai RM47.92 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng, KLCI dijangka terus berada dalam kenaikan pada julat 1,500 ke 1,515 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 2 sen pada RM8.96, CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.38 dan Hong Leong Bank Bhd lonjak 1 sen pada RM20.88 sementara Public Bank Bhd kekal pada RM4.65 dan IHH Healthcare Bhd datar RM6.48.

Namun, Petronas Chemicals Group Bhd susut 2 sen pada RM8.76 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) hilang 2 sen pada RM8.56.

Saham aktif memperlihatkan Theta Edge Bhd kumpul 2 sen pada 98 sen dan Hibiscus Petroleum Bhd juga naik 2 sen pada 86 sen, Bintai Kinden Corp Bhd kekal pada 10 sen dan G3 Global Bhd data pada 3 sen sementara Unique Fire Holdings Bhd susut 1 sen pada 24.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengurang 0.03 mata pada 10,683.01, indeks FBMT 100 menyusut 5.11 mata pada 10,426.12, indeks FBM Emas Shariah menurun 10.24 mata pada 10,799.87, FBM 70 menghilang 23.44 mata pada 12,774.51 dan FBM ACE melemah 19.76 mata pada 4,929.34.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 35.96 mata pada 16,811.98, indeks Perladangan melonjak 2.04 mata pada 7,158.29, indeks Tenaga mengembang 1.84 mata pada 660.76 dan indeks Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.4 mata pada 183.62.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat