Tergamam! GBP/JPY Beri Kejutan Dengan Terjunan Drastik

417

Matawang Yen kembali mengungguli harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY untuk menerajui pergerakan harga dalam melakukan terjunan di kala pembukaan dagangan sesi Asia hari ini (Jumaat).

Bukan itu sahaja, penurunan harga kekal bersambung pada awal sesi Eropah untuk menyangkal paras terendah 7 minggu sekitar 152.380 untuk memasuki ke zon RBS (resistance become support) 152.000.

Pergerakan harga dalam masa yang sama dilihat telah memberi semula reaksi untuk membuat corak downtrend setelah harga terus didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Kebimbangan mengenai lonjakan penularan wabak Covid-19 terus menghantui pasaran dan ditambah lagi dengan penemuan varian baharu yang terus membuat sentimen pasaran ketika ini kembali gawat.

Secara tidak langsung aspek berkenaan telah menjerumuskan matawang samurai untuk mempamer pengukuhan pada penutup minggu ini selepas memperoleh sokongan sebagai matawang safe-haven.

Seperkara lagi, data-data penting Jepun yang diterbitkan dengan bacaan positif turut menjadi asbab nilai Yen mampu meningkat pada ketika matawang Pound yang didorong lemah akibat pasca Brexit.

Kemampuan penurunan yang lebih rendah bakal menyaksikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY untuk menembusi zon RBS 152.000 untuk jangkaan seterusnya akan menguji zon sokongan 151.000.

Boleh dilihat zon sokongan tersebut merupakan zon rintangan yang pernah menjadi tumpuan pada awal Jun 2021 sebelum berjaya ditembusi pada minggu yang sama untuk menyokong lonjakan harga.

Manakala jika pergerakan harga ingin mula memberi isyarat awal dalam membuat perubahan trend, zon SBR (support become resistance) 153.000 berkemungkinan akan menjadi sasaran untuk dicapai.

Selari dengan itu, peningkatan yang agresif akan menguji paras rintangan sekitar 154.000 terlebih dahulu sebelum kebarangkalian tinggi akan membuat pendakian dalam menguji zon SBR 155.000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat