Tergempar! Bank Pusat Nigeria Dedahkan Tahun 2021 Akan Jadi Tahun Kripto!

1,547

Semalam baru sahaja dilaporkan bahawa bank pusat Perancis dan Switzerland melakukan kerjasama untuk menguji cuba matawang kripto bank pusat CBDC secara rentas sempadan.

Terkini Bank Pusat Nigeria (CBN) pula mengumumkan bahawa pihak mereka sedang membuat persiapan untuk menguji matawang kripto bank pusat (CBDC) atau lebih dikenali sebagai Digital sebelum akhir tahun 2021.

Rukayat Mohammed, Pengarah Teknologi Maklumat (IT) untuk CBN membuat pendedahan ini dalam salah sebuah taklimat atas talian kepada jawatankuasa perbankan. Lebih menarik, Mohammed menyatakan bahawa pihak mereka telah meneroka teknologi blockchain selama empat tahun.

Kata Mohammed, ‘tidak lama lagi pihak bank akan membuat pengumuman mengenai tarikh pelancaran dan pada akhir tahun ini dijangka kripto CBDC akan diterbitkan. Walaubagaimanapun, uji cuba akan dilakukan untuk populasi sasaran.’

Dalam masa yang sama ekonomi utama dan bank pusat mereka telah mula meneroka matawang kripto CBDC. Bank Pusat Eropah (ECB) mensasarkan akan melancarkan Digital Euro pada tahun 2023 sementara Federal Reserve akan melancarkan kertas kerja dolar digital dalam beberapa bulan lagi.

Di atas semua itu, China telah menjadi pendahulu dan merancang untuk mengeluarkan Yuan Digital menjelang Sukan Olimpik Beijing 2022.

Berdasarkan data lepas, penerapan kripto di peringkat awam di Nigeria telah meningkatkan dengan ketara sejak tahun lalu. Ketidakpastian ekonomi malah menambah lagi minat terhadap kripto.

Selain itu, Ryakat Mohammad turut memberi ‘hint’ mengenai pendirian bank pusat Nigeria terhadap kripto. Menurut beliau bahawa matawang kripto seperti Bitcoin tidak berada di bawah kawalan bank pusat, ia adalah keputusan peribadi semata-mata.

 

 

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat