Tergempar! Bank Pusat Rusia Dedahkan Tarikh Pelancaran CBDC Ruble!

1,554

Pegawai bank pusat Rusia pada hari ini mendedahkan tentang perancangan mereka untuk melancarkan aset digital (kripto) Ruble ketika banyak negara kini dalam proses mengembangkan matawang kripto bank pusat mereka (CBDC).

Dalam salah satu kenyataan, bank pusat keluarkan kenyataan bahawa mereka dijangka akan melancarkan CBDC pada tahun 2023. Mengukuhkan lagi hal ini, pemimpin kanan bank pusat Rusia mendedahkan bahawa mereka dapat melancarkan Ruble digital dalam dua tahun akan datang.

Kenyataan ini diumumkan semasa persidangan maya semalam yang turut memperjelaskan rincian mengenai rancangan penggunaan CBDC. Pada persidangan itu, Timbalan Gabenor, Alexei Zabotkin, dan Wakil Gabenor Pertama Olga Skorobogatova turut mendedahkan pelan panjang mengenai 2023.

Zabotkin menyatakan bahawa akan memperkenalkan had transaksi dari bentuk bukan tunai ke Rubel digital.Dalam masa yang sama Bank Pusat Rusia akan bersedia menanggung jika terdapat masalah kekurangan kecairan.

Para pegawai juga membincangkan mengenai bagaimana Ruble digital berfungsi. Sebagai contoh, bank pusat merancang untuk menghapus transaksi bukan tunai bagi memastikan peralihan yang lebih lancar ke Ruble digital.

CBDC Rusia akan mempunyai sistem dua peringkat, serupa dengan Yuan digital China. Bank pusat akan mengedarkan CBDC kepada bank perdagangan, kemudian bank perdagangan akan mengedarkannya kepada pengguna.

Turut meningkatakan optimis pasaran terhadap CBDC, Olga Skorobogatova, ahli dewan Bank of Russia, menegaskan bahawa mengembangkan CBDC sangat penting kerana 73% urus niaga Rusia dilakukan secara digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat