Tergempar! Eropah Umum Pelan Kecemasan Berhadapan Halangan Bekalan Gas

593

Negara-negara Kesatuan Eropah meluluskan pelan kecemasan untuk mengekang permintaan gas mereka pada hari Selasa, selepas membatalkan perjanjian kompromi untuk mengehadkan pemotongan gas bagi sesetengah negara.

Eropah sedang berhadapan dengan tekanan gas yang meningkat mulai hari Rabu, apabila Gazprom dari Rusia menyatakan ia akan mengurangkan bekalan melalui saluran paip Nord Stream 1 ke Jerman kepada satu perlima kapasiti.

Dengan kebanyakkan negara EU berhadapan dengan pengurangan bekalan dari Rusia, Brussels menggesa negara anggota untuk menjimatkan gas dan menyimpannya untuk musim sejuk kerana bimbang Rusia akan menghentikan bekalan sebagai tindakan balas terhadap sekatan Barat berhubung konflik dengan Ukraine.

Menteri tenaga meluluskan cadangan untuk semua negara EU untuk secara sukarela mengurangkan penggunaan gas sebanyak 15% dari Ogos hingga Mac.

Menteri Ekonomi Jerman Robert Habeck berkata perjanjian itu akan memberi maksud kepada Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa Eropah kekal bersatu dalam menghadapi pemotongan gas terbaru Moscow. Namun begitu, Hungary adalah satu-satunya negara yang menentang perjanjian itu, kata dua pegawai EU.

Gazprom Rusia telah memberi alasan bahawa pengurangan terbarunya kerana perlu menghentikan operasi turbin dimana alasan itu ditolak oleh ketua tenaga EU Kadri Simson, yang berpendapat itu adalah langkah yang bermotifkan politik.

Rusia sebelum ini membekalkan 40% gas EU sebelum konflik Ukraine.

Perjanjian EU akan mengecualikan daripada mengurangkan 15% bekalan gas kepada negara seperti Ireland dan Malta yang tidak disambungkan ke rangkaian gas negara EU yang lain.

Berita mengenai pengurangan terkini kepada bekalan Rusia telah mendorong harga gas lebih tinggi, menambah kos penyimpanan pengisian.

Negara-negara yang memenuhi sasaran EU untuk mengisi simpanan gas menjelang Ogos akan menatijahkan pengurangan pemotongan untuk kira-kira sedozen negeri, termasuk Jerman dan Itali, berdasarkan tahap simpanan semasa.

Mereka juga boleh mengecualikan gas yang mereka gunakan dalam industri kritikal, seperti pembuatan keluli intensif tenaga, daripada sasaran.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat