Tergempar! Pasaran Kripto ‘Berdarah Lagi’, SEC Saman Binance & CZ!

443

“SEC makin bertindak agresif, adakah pasaran kripto akan musnah disebabkannya?”

Seluruh pasaran mata wang kripto menyaksikan kejutan apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyaman bursa gergasi Binance dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Changpeng Zhao (CZ) atas kesalahan melanggar undang-undang sekuriti negara itu.

Diperjelaskan lebih terperinci, SEC memfailkan 13 pertuduhan terhadap Binance, antaranya adalah beroperasi di AS secara haram, menipu pelanggannya dan mencampurkan dana bernilai berbilion-bilion untuk memindahkannya kepada syarikat berpangkalan di Eropah.

Bukan itu sahaja, pengawal selia tersebut turut mentakrifkan Cardano (ADA), Polygon (MATIC), Solana (SOL) dan Filcoin (FIL) yang sedang didagangkan dalam platform Binance adalah sekuriti.

Pun begitu, banyak persoalan yang timbul di kalangan pelabur dalam menentukan sama ada SEC mempunyai bukti kukuh mahupun prosedur sesuai yang dapat menggambarkan sesuatu aset digital itu sekuriti ataupun tidak.

Memang tidak dinafikan tuntutan mahkamah tersebut telah mencetuskan kekecohan dalam pasaran kripto apabila harga Binance Coin (BNB) yang memudahkan operasi bursa kripto itu tergelincir sehingga $277.

Walaupun butiran lanjut masih belum dikeluarkan oleh CZ, beliau telah bertindak berkongsi tweet ringkas yang menjanjikan lebih 8.4 juta pengikutnya bahawa terdapat pasukan khusus untuk memastikan deposit dan pengeluaran berfungsi seperti biasa.

Terdahulu pada Mac 2023, Suruhanjaya Dagangan Niaga hadapan Komoditi (CFTC) telah mendakwa Binance melanggar undang-undang AS atas tuduhan meminta pengguna tempatan berjuta-juta hasilnya, tetapi kedudukannya semakin terkesan setelah terdapat sasaran oleh dua pengawal selia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat