Tergempar! Polis Siasat RM3.5 Juta Penipuan Pelaburan Kripto Di Malaysia!

840

“Haih kat Malaysia pun banyak scammer, korang pun janganlah mudah terpedaya sangat.”

Malaysia dikejutkan berita berhubung pihak polis yang menerima lapan laporan penipuan melibatkan skim pelaburan mata wang kripto tidak wujud dipanggil “Kakaue” yang diiklankan di platform media sosial Facebook.

Susulan mangsa-mangsa secara keseluruhannya mengalami kerugian RM3.5 juta, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata 22 akaun bank didaftarkan di bawah pelbagai nama firma dan perniagaan kini sedang disiasat.

Dilaporkan, seorang peguam berusia 57 tahun rugi RM1.3 juta setelah mangsa yang tertarik dengan iklan di Facebook sekitar Disember 2023 telah dihubungi melalui WhatsApp oleh beberapa individu yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil daripada Kakaue Exchange (USA).

Selepas mendaftar melalui laman web www.kakauesr.com, mangsa membuat pemindahan wang secara berperingkat ke 14 akaun firma berbeza yang berjumlah RM1,339,918 kemudian ia dapat melihat pelaburannya menjana keuntungan.

Meskipun begitu, mangsa mula berasa curiga selepas gagal mengeluarkan keuntungan sepatutnya diperolehnya dan mendapati tiga kripto dibelinya melalui platform tersebut tidak ditawarkan oleh bursa kripto lain.

Laporan polis turut diterima di Dungun daripada seorang lelaki berusia 53 tahun yang merupakan pengurus di sebuah firma cari gali minyak yang tertarik dengan pelaburan kripto selepas melihat iklan di media sosial pada Disember 2023.

Mangsa yang diperkenalkan dengan pelaburan kripto pada Mac 2023 telah membuka akaun pelaburan bersama Baorul Exchange berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) kemudian deposit $1,500, tetapi diminta meningkatkan deposit pada $200,000 untuk memulakan dagangan.

Pada penghujung April 2024, mangsa yang cuba mengeluarkan keuntungannya telah disekat dan diberitahu bahawa pelaburannya akan dinaik taraf pada status VIP Bronze User, bagaimanapun bayaran tambahan diperlukan untuk tujuan itu.

Ramli berkata mangsa memindahkan wang ke pelbagai akaun bank milik firma berbeza dengan jumlah dipindahkan mencecah RM3.9 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat