Tergempar! Rantaian Binance Jadi Pilihan Kazakhstan Untuk Projek CBDC!

141

Ketua Pegawai Eksekutif Binance “CZ” pada hari Khamis memaklumkan bahawa Bank Negara Kazakhstan (NKB) merancang untuk mengintegrasikan mata wang digital bank pusatnya Digital Tenge dengan Rantaian BNB. Baru-baru ini, pasukan Binance telah bertemu dengan pegawai bank pusat Kazakhstan untuk membincangkan prospek mengintegrasikan CBDCnya dengan Rantaian BNB.

Selepas penerimaan lesen pada bulan Mei, Binance mula bekerjasama dengan kerajaan Kazakhstan dan pengawal selia bagi mempelancarkan penerimaan dan peraturan kripto di negara itu. Pertukaran kripto malah menerima lesen tetap daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan AIFC (AFSA) pada 6 Oktober.

CEO “CZ” dalam tweet beliau pada 27 Oktober mengumumkan Bank Negara Kazakhstan (NKB) akan menyepadukan CBDCnya, Digital Tenge, dengan Rantaian BNB. Bank pusat Kazakhstan baru-baru ini melancarkan perintis CBDC dalam persekitaran terkawal dan melakukan ujian dengan pengguna dan peniaga.

Langkah itu dibuat selepas Binance bertemu dengan Berik Sholpankulov, Timbalan Pertama Gabenor Bank Negara Kazakhstan (NKB), dan Binur Zhalenov, Ketua Pusat Pembayaran dan Teknologi, bagi membincangkan manfaat Rantaian BNB. Juga, rancangan untuk menyepadukan CBDC dengan Rantaian BNB turut dibincangkan.

Bank Negara Kazakhstan (NKB) akan membuat persiapan penggunaan CBDC untuk disepadukan dengan Rantaian BNB. Ini akan membantu merapatkan jurang antara perbankan tradisional dan ekosistem kripto.

Dalam masa yang sama, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev turut memberi ‘lampu hijau’ dalam perdagangan kripto dan perlombongan di negara itu. Kazakhstan juga membentangkan draf undang-undang mengenai perlombongan kripto untuk mengawal selia perlombongan kripto dengan cekap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat