Tergempar! Syarikat Induk TikTok, ByteDance Putuskan Memberhentikan Ratusan Pekerja!

256

ByteDance, syarikat induk China bagi aplikasi video TikTok terbaru mengumumkan bahawa mereka memberhentikan ratusan pekerja di pelbagai jabatan pada penghujung tahun 2022 sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos berdasarkan laporan terbaru.

Pengurangan pekerjaan telah dilaksanakan di Douyin. Douyin yang merupakan aplikasi TikTok di China memiliki kira-kira 600 juta pengguna harian, serta operasi perjudian dan hartanah syarikat tambah laporan tersebut.

Waima begitu pengurangan kerja ini dikatakan hanya mewakili peratusan kecil tenaga kerja ByteDance. Setakat ini ByteDance tidak mengulas pertanyaan lanjut daripada media.

Disisi lain pada November tahun lalu, syarikat induk Facebook Meta juga telah mengumumkan bahawa mereka akan memecat lebih daripada 11,000 pekerja, dalam rangka untuk mengurangkan kos berikutan jumlah pendapatan yang mengecewakan dan penurunan dalam hasil.

Berdasarkan data-data terkumpul, tahun 2023 dijangka akan menjadi tahun yang mencabar untuk kebanyakkan industri dan juga negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat