Tergempar! VISA Jalinkan Kerjasama Dengan Rakan Niaga RippleNet!

1,686

Syarikat gergasi pembayaran global Visa telah mengumumkan rancangan untuk memperoleh Currencycloud, dimana platform itu menggunakan teknologi blockchain RippleNet. Kedua-dua syarikat telah bekerjasama, dan Visa bersetuju untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama CurrencyCloud dengan membayar $ 962,780,000.

Currencycloud adalah penyedia penyelesaian canggih yang dapat membantu bank dan syarikat fintech membuat pembayaran rentas sempadan dengan lancar. Ia mempunyai lebih daripada 500 pelanggan dalam sektor perbankan dan fintech dan beroperasi lebih dari 180 negara.

Visa berhasrat menggunakan Currencycloud bagi mengembangkan perkhidmatan mereka dalam fintech dan dalam masa yang sama menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi yang baru. ebagai tambahan, Visa sudah memiliki sejumlah besar ekuiti dalam syarikat fintech.

Menurut Colleen Ostrowski, orang penting dalam Visa berpendapat pemerolehan Currencycloud adalah salah satu langkah untuk memudahkan perkhidmatan pegerakan wang global.

Disisi yang berbeza, pesaing Ripple iaitu Stellar sedang berhasrat untuk membeli MoneyGram. Walaubagaimanapun, setakat ini masih belum jelas mengenai perbincangan pemerolehan tersebut.

MoneyGram sebelum ini telah menghentikan kerjasama dengan Ripple yang berlangsung selama hampir tiga tahun setelah SEC mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Ripple. Ia kemudian menamatkan perjanjian kerjasama dengan Ripple sepenuhnya.

Harus dimaklumi bahawa Whale Alert melaporkan bagi 20 jam terakhir terdapat perpindahan sebanyak 220 juta XRP unit ke Bitstamp. Secara amnya, Currencycloud juga merupakan rakan kongsi RippleNet dan ini bermaksud Visa akan menggunakan alat pengiriman wang Ripple untuk memudahkan transaksi rentas sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat