US dolar mencatatkan peningkatan nilai di awal minggu ini berikutan sentimen pasaran yang dinilai berisiko memberi kelebihan terhadap dagangan mata wang safe-haven.
Antara faktor yang membuatkan pelabur berwaspada untuk dagangan awal minggu adalah kemerosotan data ekonomi China yang diterbitkan di sesi Asia semalam, ketegangan politik di Afghanistan serta penularan Covid-19 yang masih berterusan.
Situasi ini telah menyelamatkan kembali US dolar selepas prestasi suram di penghujung minggu lalu dengan kejatuhan ketara harga yang dipaparkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-terselamat-10am
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang melonjak pada Jumaat lalu sehingga ke paras 1800.00 gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut pada dagangan Isnin semalam.
Harga sebaliknya susut semula ke paras sekitar 1.17700 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Sekiranya paras sokongan MA50 tersebut berjaya menahan harga dari susut lebih rendah, harga berkemungkinan akan menyambung semula kenaikan. Namun memerlukan faktor yang melemahkan US dolar dalam pasaran.
Kenaikan harga akan menguji sekali lagi rintangan 1800.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran seterusnya akan terarah kepada zon rintangan 1.19000.
Sebaliknya jika harga susut lebih rendah selepas penurunan semalam, jangkaan harga bakal kembali semula ke zon support 1.17000 yang diuji pada minggu lalu.
Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini berkemungkinan menuju paras sekitar 1.16000.
Pelabur berwaspada menantikan terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat pada sesi New York malam ini yang bakal memacu pergerakan US dolar selanjutnya.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG