‘Terima Kasih Bonda, Kini Giliran Anakanda’ – Duit Britain Berwajah Baru!

259

‘Monarki baru pemerintahan England bermula.’

Bermula Disember 2022, duit syiling dengan cetakan wajah Raja Charles III bakal digunakan secara meluas.

Difahamkan bahawa The Royal Mint* sudah mula menghasilkan syiling 50 sen atau 50 pence Britain yang memaparkan gambar wajah Raja baru England tersebut ketika beliau menyambut hari kelahirannya yang ke-70.

*Syarikat perbankan tertua dunia yang mula beroperasi pada kurun ke-9 dan bertanggungjawab mencetak muka pada mata wang England.

Menurut pengukir mata wang The Royal Mint, Martin Jennings, proses penghasilan muka mata wang baharu tersebut merupakan satu pengalaman ‘menakjubkan’.

Tambahnya lagi bahawa The Royal Mint perlu melalui banyak prosedur dalam memilih dan mendapat perkenan dari Raja Charles untuk menambah nilai institusi kepada wajah syiling baru tersebut sebelum mula mencetaknya.

Sungguhpun duit Britain bakal dicetak dengan wajah Raja baharu, namun jasa dan kenangan mendiang Ratu Elizabeth yang memimpin England hampir seabad tidak dilupakan.

Pada sisi belakang syiling 50 sen tersebut pula tercetak rekaan mahkota 1953 sebagai memperingati pertabalan Raja, selain diukir juga 4 perisai Diraja yang masing-masing memaparkan jata negara seperti Rose; Thistle, Shamrock; dan Leek.

Dalam pada itu, sejumlah 9.6 juta duit syiling baru tersebut akan diagihkan secara berperingkat oleh bank, badan masyarakat dan pejabat pos secara berperingkat sehingga denominasinya berjaya dilaraskan mengikut permintaan.

Ini bermakna secara beransur-ansur duit syiling dengan wajah Ratu akan digantikan penggunaannya di England.

Mengulas mengenai syiling baharu tersebut Pengarah Muzium The Royal Mint menyifatkan ia adalah detik bersejarah perubahan monarki yang orang ramai dapat saksikan dengan mata sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat