Terima Kasih Kepada Inflasi AS, Bitcoin & Ethereum Kembali Bernafas!

261

Pasaran kripto menyambut baik laporan inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS), menyaksikan ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) berjaya melakukan pendakian pada hari Selasa.

Buktinya, BTC melonjak 3.4% pada zon harga $16,811 dalam tempoh 24 jam lalu, tetapi harganya masih berada pada paras terendah ekoran krisis kejatuhan FTX yang telah mengegarkan pasaran kripto.

ETH yang turut ditimpa krisis serupa dengan junaman lebih 20% dalam tujuh hari lalu, kembali didagangkan lebih stabil pada sekitar harga $1,260.

Terima kasih kepada data inflasi pengeluar AS, ia cukup memberi ruang buat pelabur untuk bernafas seketika.

Indeks harga pengeluar (PPI) AS Oktober membuktikan bahawa inflasi di AS berkemungkinan besar dapat dikawal dan ini menguatkan jangkaan pelabur untuk melihat pengetatan lebih perlahan daripada Federal Reserve (Fed).

Memetik kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Quantum Economics, Mati Greenspan, beliau melihat perubahan dalam data inflasi tersebut adalah positif buat aset digital.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi kripto biasanya dianggap sebagai aset berisiko dan inflasi AS yang berada pada paras tertinggi 40 tahun serta tindakan Fed menaikkan kadar faedah secara agresif turut mempengaruhi pasaran untuk susut lebih rendah tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat