Terima Kasih Trump, Sekarang Biden Pula!-Taiwan

515

Menurut kementerian luar negeri Taiwan, negara berkenaan telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pasukan Presiden AS, Joe Biden, ketika berusaha untuk menjalin hubungan dengan pentadbiran yang baru setelah mendapat sokongan kuat dari pemerintah Presiden Donald Trump.

Umum mengetahui bahawa Taiwan telah dituntut oleh China sebagai wilayahnya, tetapi mereka telah memperoleh sokongan pemerintahan Republik Trump, termasuk meningkatkan penjualan senjata dan lawatan oleh pegawai atasan ke Taipei.

Oleh yang demikian, pemilihan Biden, seorang Demokrat, telah menyebabkan kegelisahan di Taiwan, di mana Trump didakwa telah menjadi tokoh popular dalam kalangan orang ramai.

Namun, Taiwan tetap berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pemimpin baru AS, dengan menyatakan sokongan terhadap bipartisan di Washington. Bulan ini, duta besar de facto Taiwan di Washington telah berbincang dengan orang kepercayaan Biden, Antony Blinken, yang kini dilantik sebagai setiausaha negara seterusnya.

Jurucakap kementerian luar negeri Taiwan Joanne Ou mengatakan bahawa pulau itu mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua parti Demokrat dan Republik. Oleh itu, kementerian luar negeri dan pejabat perwakilan mereka di Amerika Syarikat terus menjaga komunikasi dan mempunyai interaksi yang baik dengan pasukan Biden melalui pelbagai cara yang sesuai.

Tambahan daripada itu, mereka juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pemerintahan Trump dan mendedahkan bahawa hubungan baik antara 2 buah negara itu adalah yang terbaik dalam sejarah.

Di samping itu, Taiwan akan terus memainkan peranan sebagai rakan kongsi yang rapat dan boleh dipercayai ke Amerika Syarikat, sama ada dalam masalah serantau atau global.

Untuk pengetahuan semua, Amerika Syarikat, seperti kebanyakan negara, tidak mempunyai hubungan diplomatik formal dengan Taiwan, tetapi merupakan penyokong kuatnya di pentas antarabangsa dan sumber senjata utama pulau berkenaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat