Terima Kasih USD, Beri Ruang Untuk GBP Menguat

575

Dagangan pound sterling terus mengekalkan momentum pengukuhannya berbanding US dolar yang lemah walaupun keraguan mengenai perjanjian perdagangan bebas Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) terus membebankan matawang itu.

Kesepakatan antara Britain dan EU masih tidak dapat dicapai, lebih-lebih lagi ketua perunding EU, Michel Barnier menyatakan bahawa kedua-dua pihak mungkin tidak dapat mencapai perjanjian pada akhir tahun ini.

Memasuki sesi Eropah, dagangan pound sterling terus diniagakan meningkat dengan peningkatan 0.3% berbanding US dolar pada hari ini membawanya ke paras ketinggian 4 setengah bulan.

Walaupun Eropah kini diancam oleh risiko gelombang kedua Covid-19, tetapi pihak berkuasa tempatan masih positif bahawa wabak ini masih di bawah kawalan. Tumpuan utama buat masa ini adalah tetap terarah kepada usaha pembangunan semula ekonomi.

Kelemahan US dolar yang ditekan oleh pertikaian antara AS-China dan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara apabila kes jangkitan Covid-19 di AS masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mereda.

Dengan peningkatan kes yang berterusan,pelabur meragui terhadap pemulihan yang cepat, lebih-lebih lagi tuntutan pengangguran AS menunjukkan peningkatan mengejutkan pada minggu lalu.

Beberapa langkah rangsangan untuk mengurangkan impak Covid-19 kepada ekonomi, misalnya bantuan faedah pengangguran akan berakhir bulan ini. Namun, Kongres masih belum bersetuju atas pakej rangsangan baru.

Hari ini, White House dan Republik Senat dilaporkan telah bersetuju ke atas pakej rangsangan coronavirus yang bernilai $1 trilion. Bagaimanapun, ia juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Demokrat untuk melaksanakannya.

Dolar greenback didagangkan lemah pada 94.03 dengan menyusut 0.33% berbanding enam matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat