Terima Kwasi, Kwarteng! Jasamu Akan Dikenang… Atau Tidak?

161

‘Ini betul tikam belakang punya kes, member tu bukan main penyokong kuat yang tolong naikkan beliau jadi menteri. Tahu-tahu kena pecat.’

Kurang 2 bulan selepas perlantikan Liz Truss sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK), salah seorang rakan seperjuangannya yang bertanggungjawab menguruskan kewangan negara telah dipecat.

Difahamkan bekas Menteri Kewangan UK, Kwasi Kwarteng yang di bawah tekanan oleh pelbagai pihak ekoran perlaksanaan pelepasan cukainya yang bertentangan dengan dasar kewangan Bank of England (BoE) sah meninggalkan kerajaan.

Perkara tersebut disahkan oleh Kwarteng sendiri menerusi surat rasmi yang dipaparkan pada satu ciapan di laman Twitter peribadinya.

Meneliti ciapan yang ditulis, Kwarteng mengambil maklum pilihan yang mahukan dirinya meletak jawatan dan menerima keputusan tersebut.

Dalam pada itu, sumber lain mengatakan bahawa Kwarteng meletak jawatan sebelum Truss mengumumkan penamatan pakej ekonominya dalam usaha menyelamatkan pasaran dan ketegangan politik di UK.

Pada sumber berbeza pula, Jeremy Hunt pula telah dilantik sebagai Menteri Kewangan baru di bawah pimpinan Liz Truss.

Sebagai pengetahuan, Hunt pernah bertanding sebagai calon Perdana Menteri beberapa kali sebelum dikalahkan oleh Boris Johnson dan Liz Truss baru-baru ini.

Beliau juga pernah memegang portfolio sebagai Menteri Luar Negara, Menteri Kesihatan dan Menteri Kebudayaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat