Teringin Jadi Seorang Investment Banker Bergaji Besar? Ini Hakikat Sebenar Mereka di Malaysia

3,516

Umumnya orang akan fikir kerja investment banker tu macam kerja yang ‘gah’. Malahan mungkin sesetengah tu salah faham investment banker ni kehidupannya ala-ala dalam Wolf of Wall Street. Atau paling kurang sekaya diorang.

Malangnya not for Malaysia la haha.

Investment bank ni ada banyak department. Tapi sekarang ni nak cerita bahagian investment bank yang memang aku terlibat dengannya.

Iaitu institutional equity brokerage.

Semua investment bank utama kat Malaysia ni tak kiralah Maybank investment ke, CIMB investment ke, akan ada department ni.

Dalam investment bank industry, kitorang ni dipanggil ‘sell side’.

Firstly kena tahu kitorang bukanlah pihak yang buat keputusan untuk jual beli saham. Tetapi kitorang adalah pihak yang memberi idea / cadangan berkaitan untuk jual beli saham serta menjalankan pembelian atau penjualan saham oleh pihak buy side.

Biasanya institutional brokerage terbahagi kepada dua. Iaitu dealer dan research.

Kerja dealer adalah untuk menerima order daripada fund manager, atau dalam industri ni dipanggil ‘buy side’. Kalau kat Malaysia ni paling besar adalah EPF (KWSP), PNB dan KWAP. Selain tu Valuecap, Public mutual pun dikira besar. Semua unit trust fund juga adalah buy side.

Yes KWSP dan lain-lain ni tak beli saham secara terus, tapi mereka beli melalui broker, yang mana contact person adalah dealer.

Dealer akan dapat peratusan komisen untuk setiap transaction order yang dilakukan. Tapi tak masuk poket diorang la, masuk jadi untung bank haha. Tapi dealer biasanya bonus sangat masyuk kalau banyak transaction.

Cuma institutional broker kat Malaysia ni ada banyak. Dalam 18 tak silap. Termasuk foreign broker seperti Nomura, Citibank dan lain-lain.

Jadi persoalannya kenapa EPF nak bagi business banyak kepada Affin contohnya, berbanding CIMB?

Sebab tu dealer akan perlukan ‘investment idea’ yang boleh ‘dijual’ kepada fund manager. Contoh kalau dealer Affin dapat agak TNB akan nak naikkan tariff, maka diorang akan call fund manager EPF, dan cadangkan untuk beli saham TNB.

Maka kalau idea diorang baik dan diterima, maka theoretically EPF pun akan ambil lah Affin sebagai broker untuk beli saham TNB masa tu.

Jadi dari mana dealer nak dapat idea setiap hari?

Sebab itulah wujudnya research team. Research team ni biasanya terdiri daripada equity analyst dan economist. Diorang yang bertanggungjawab untuk feed input kepada dealer dan juga kepada research team di bahagian buy side

Economist ni obviously akan analyse keadaan ekonomi semasa, polisi, fund flow, Ringgit dan lain-lain.

Equity analyst pula dibahagikan mengikut sektor. Contoh consumer sector, oil and gas sector, banking sector etc. Diorang kena buat analisis dan forecast untuk sector tersebut, dan syarikat di dalam sektor tu. Analyst yang normal biasanya ada dalam 3-6 company dia cover. Kalau yang power sangat tu boleh jadi 8-10.

Setiap sektor ilmu yang diperlukan adalah berbeza. Jadi kalau dia nak melompat sektor tu biasanya banyak jugak benda baru dia kena belajar.

Tak kiralah economist atau analyst. Benda paling penting is getting the information. Lebih awal dari yang lain. Lebih terperinci dan tepat dari yang lain.

Maka untuk research team networking sangat penting. Untuk economist penting untuk ada networking dengan pihak seperti MOF, BNM, DOSM, juga dengan badan-badan seperti kastam, LHDN, Matrade, Rehda dan lain-lain. Economist juga sangat perlu faham actual situation in the ground, jadi networking dengan businessman, dan yang sewaktu dengannya sangat berharga (juga kenapa aku terlibat dalam aktiviti melabur dalam banyak business dan menjadi kapitalis).

Analyst pula perlu ada networking dengan setiap syarikat tu. Supaya diorang boleh tahu dari awal kalau ada apa-apa info, boleh tanya soalan spesifik dan mendapat jawapan. Boleh tau perancangan syarikat tu dan apa masalah yang dihadapi. Basically supaya boleh buat penilaian yang lebih tepat berkaitan potensi dan masa depan syarikat tu.

Tapi of course networking ni juga menjadikan anda bias. Analyst tersekat tak boleh cakap benda buruk sangat berkaitan syarikat tu, kalau tak nanti networking dia berisiko hilang. Economist pun tak boleh menghentam sangat polisi yang dibuat badan-badan berkaitan, sama juga nanti networking tu hilang.

Sekadar buy side masih akan mendapat info-info ni. Hanya ianya takkan dibuat dalam written form, apatah lagi yang boleh sampai kepada pihak media.

Research team akan masuk kerja biasanya dalam lingkungan 7:00 – 7:30 pagi. Sebab kitorang kena prepare untuk sesi briefing kepada dealer yang bermula pukul 8 pagi. Jadi dealer pun kena datang ofis sebelum pukul 8 pagi.

Sebaik saja briefing, dealer akan perlu contact client dan bagi trading ideas of the day. Research team pun akan blast daily update kepada semua pihak berkaitan.

Selepas tu research team bolehlah breakfast. Dealer pun sama kalau diorang dah selesaikan tugas pagi tu.

Selepas tu…. Untuk seharian. Kerja dealer adalah terus menerus membuat networking dan update pihak buy side.

Manakala pihak research pula terus menerus membuat research dan mencari idea baru untuk dikongsi kepada client. Kalau ada data / info baru keluar maka report perlu dikeluarkan esok pagi jugak. Malahan kadang-kadang pada hari yang sama dalam beberapa jam. Kalau tak ada sebarang data pula maka ianya fleksibel. Boleh buat apa saja research berkaitan, berterusan menambah ilmu itu adalah penting untuk research team.

Sebab kitorang compete sesama 18 broker. Dan buy side pulak berterusan dapat info dari 18 broker ni. Maka kenapa diorang nak baca report korang dan bukan report orang lain?

Samada korang paling awal
Atau paling power
Atau rapat dengan diorang

Ada yang kejar paling awal. Ada kejar paling power. Dan ada juga usaha untuk menjadi rapat dengan diorang.

Umumnya, biasanya dealer ni lebih terdiri daripada golongan yang senang masuk dengan orang. Sebab diorang kena banyak contact dan serve clients.

Research team pulak biasanya orang2 yang banyak berfikir, tapi tak bermaksud kitorang boleh sekadar duduk depan meja setiap hari. Networking, jumpa pihak berkaitan, jumpa research team pihak buy side, present kat diorang, masih menjadi rutin kerja.

Paling best, adalah boleh keluar makan dengan client di tempat-tempat mahal dan claim dekat company.

Balik tu ada investment bank pukul 5, ada pukul 5:30, ada 5:45. Tapi bergantung working culture tempat tu jugak. Sesetengah ada culture wajib balik lewat. Takde kerja pun balik lewat gak. Sesetengah pula tak kisah, asalkan kerja siap. Ini sangat bergantung kepada boss.

Sekian.

Kehidupan investment banker dalam department institutional equity broker. Kot-kot ada mana-mana student yang teringin nak apply masuk dalam department ni.

Ah ye berkaitan payment? Gaji permulaan dan kenaikan gaji tak banyak mana pun. Seriously. Tapi industry average memang tinggi. Sebab kitorang ada ‘culture’ melompat dari satu bank ke bank yang lain. Disebabkan talented people sangat scarce, jadi memang biasa orang melompat setiap 2 tahun haha. Sekali lompat gaji boleh naik antara 20-70%. Bonus? Bergantung kepada performance stock market. Dan pihak dealer biasanya dapat lagi banyak daripada research. Dan research average maybe dalam 4-6 bulan? Could go as high as 12 months dan as low as 0.

Wallahualam.

Artikel ini diterbitkan balik di laman web ini dengan keizinan empunya artikel. Sila SHARE dan LIKE jika anda suka artikel ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat