Terjun Ketika NFP, Tapi Kenapa EUR/USD Tak Sambung Penurunan Di Awal Minggu?

228

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada dagangan pembukaan awal minggu semalam memperlihatkan corak kenaikan semula harga walaupun pada kadar yang lebih perlahan berbanding terjunan harga yang dipamerkan pada Jumaat lalu.

US dolar dilihat gagal untuk meneruskan momentum pengukuhannya di awal minggu selepas pelabur menyaksikan pengukuhan raja mata wang tersebut ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.

Di samping penurunan hasil bon AS, faktor yang dilihat memberi kesan penyusutan US dolar di awal minggu adalah kewaspadaan pemain pasaran menantikan terbitan data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Rabu dengan ramalan bacaan inflasi yang menurun.

Situasi ini telah meningkatkan semula jangkaan bagi Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif untuk mesyuarat kali ketiga berturut-turut.

Sementara, mata wang Euro masih dipantau pelabur dengan risiko ketegangan krisis tenaga di antara Jerman dan Rusia yang masih berlarutan.

Setelah penurunan harga pada carta EUR/USD di penghujung minggu lalu menguji paras support pada 1.01600, harga dilihat melantun semula dari paras tersebut dan menyambung kenaikan sekitar 60 pips di awal minggu ini ke paras 1.02200.

Namun, kenaikan harga dilihat terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang masih memberi isyarat pergerakan bearish buat harga.

Berkemungkinan penurunan harga bakal bersambung lagi pada hari ini (Selasa) menguji kembali paras support 1.01600 sebelum harga melanjutkan penurunan ke paras 1.01000.

Penurunan diteruskan untuk pergerakan bearish yang lebih jelas bakal mendorong harga untuk mencecah semula sehingga ke zon support 1.0000.

Sebaliknya, jika harga menunjukkan kenaikan semula, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada 1.024000, paras terjunan harga pada data NFP diterbitkan minggu lalu.

Dan kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan mencabar paras rintangan 1.03000 setelah beberapa minggu harga masih gagal untuk tembusinya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat