Terjunan Dolar Aussie Kejutkan Pasaran, Apa Yang Berlaku?

448

Penerbitan data inflasi Australia menghiasi sesi dagangan Asia, yang menyaksikan bacaan dicatatkan lebih rendah daripada jangkaan.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada kadar inflasi, tersasar daripada jangkaan untuk kekal di tahap 0.9%, dengan jatuh 0.6% pada suku pertama tahun 2021.

Secara tahunan, kadar inflasi juga turun di bawah ramalan pasaran untuk kenaikan 1.4%, dengan turun pada 1.1%.

Pelabur nyata kecewa dengan bacaan yang kurang memberangsangkan ini dan mendorong penurunan dolar Aussie lebih rendah sebanyak 0.45% ke sekitar harga 0.7730.

Dengan angka yang ditunjukkan dalam data terbaru, ini bermakna Bank Pusat Australia (RBA) tidak akan mengubah pendirian mereka untuk mengetatkan dasar monetari lebih awal.

Sementara itu, matawang gergasi US dolar terus didagangkan positif berbanding pesaing utamanya.

Pada umumnya, para pelabur berhati-hati menjelang pengumuman dasar monetari FOMC yang dijadualkan pada awal pagi Khamis.

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan mengekalkan pelonggaran dasar monetari semasa mereka tidak berubah walaupun terdapat spekulasi bahawa bank pusat akan memperketatkan polisi di tengah peningkatan yang dipamerkan dalam data ekonomi.

Pada sesi Asia, dolar greenback didagangkan menokok di sekitar harga 90.97, menyusuli kenaikan dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang kembali meningkat di atas 1.6%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat