Terkesan Ancaman COVID-19, USD/JPY Catat 180 Pips Penurunan Sejak Awal Minggu

333

Sentimen pasaran masih lagi dalan suasana yang berisiko ekoran ancaman wabak Coronavirus yang semakin menular di luar China.

Korea Selatan telah melaporkan kes jangkitan virus meningkat kepada 1,146 dengan lebih 164 kes telah disahkan. Sementara di Itali pula, kes jangkitan meningkat kepada 323, termasuk 11 kematian dilaporkan.

Sentimen yang kian berisiko turut mendorong penurunan pada indeks saham utama dunia dan juga hasil pulangan bon 10-tahun kerajaan A.S yang merosot ke paras rekod terendah terbaru.

Ini telah memberi kesan kejatuhan pada nilai matawang US dolar dalam pasaran meskipun sebelum ini memanfaatkan situasi berisiko pasaran untuk mengukuh sebagai matawang safe-haven.

Terbaru, Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran terhadap rakyatnya supaya bersedia untuk berdepan penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Sementara matawang Yen pula dilihat mendapat permintaan dalam sentimen risk-off pasaran. Namun momentum pengukuhan Yen dilihat agak terhad ekoran ekonomi Jepun dilaporkan turut terkena tempias wabak Coronavirus.

Dapat dilihat matawang Yen berjaya mengukuh berbanding US dolar pada carta harga USD/JPY yang mempamerkan penurunan sejak penghujung minggu lalu.

Selepas mencapai paras tertinggi sejak April 2019 lalu pada Khamis, penurunan harga pada Jumaat terus bersambung pada minggu ini.

Sekitar 180 pips penurunan dicatatkan untuk minggu ini dengan paras 110.00 diuji pada sesi New York semalam sebelum harga menutup dagangan lebih tinggi.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga menunjukkan kenaikan harga dengan momentum yang agak perlahan dipamerkan.

Kenaikan harga akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum harga kembali menyambung semula penurunan.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras 111.000 akan cuba ditembusi sebelum menuju zon resistance yang dicapai pada ketinggian minggu lalu.

Sebaliknya, jika penurunan harga kembali diteruskan, harga akan menembusi paras 111.000 yang diuji semalam sebelum menuju zon support di bawah paras 109.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat