Terkesan Dengan Keputusan Fed, Harga Minyak Terus Jatuh!

205

Kemerosotan harga minyak mentah berlanjutan pada hari Khamis selepas turut terkena tempias daripada keputusan mesyuarat polisi FOMC untuk menaikkan kadar faedahnya lebih tinggi.

Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi terbaharunya, dan turut memberi isyarat lebih banyak kenaikan kadar akan datang untuk menangani inflasi.

Hal ini telah meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan berlakunya kemelesetan di ekonomi utama itu, lebih-lebih lagi selepas Fed juga menurunkan unjuran pertumbuhannya untuk tahun ini.

Ramalan pertumbuhan diturunkan dengan ketara daripada 2.8% yang dianggarkan pada Mac kepada 1.7%. Sementara inflasi pula dijangka tidak akan mereda dan kadar pengangguran dianggarkan meningkat.

Niaga hadapan minyak Brent diniagakan rendah pada sekitar harga $119 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pada $116 setong.

Selain itu, harga turut terkesan dengan data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang melaporkan lonjakan tidak dijangka dalam pengeluaran minyak AS yang mencecah paras tertinggi sejak April 2020.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pula memberi amaran tentang penggunaan lemah dan peningkatan inventori global di tengah-tengah prospek pertumbuhan dan inflasi yang semakin teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat