[Terkini] Bekas Perdana Menteri Najib Berhadapan 21 Tuduhan Penggubahan Wang Haram

836

Sebanyak 21 tuduhan penggubahan wang haram terhadap bekas Perdana Malaysia Dato Seri Najib Razak melibatkan sejumlah RM2.6 billion (US$681) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hal ini dinyatakan sendiri oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis yang mana wang tersebut didakwa ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Najib yang enggan mengakui sebarang salah laku dijangka akan didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini berikutan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi beliau. Kes yang dibicarakan ini melibatkan kehilangan dana berbillion ringgit dari syarikat 1MDB.

Najib yang menubuhkan 1MDB pada tahun 2009 berhadapan dengan kawalan ketat sejak parti pimpinannya kalah dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Pihak polis tidak mengatakan dakwaan terhadap 21 penggubahan wang haram itu ada kaitan dengan 1MDB tetapi dakwaan itu difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendakwa dana sebanyak RM2.6 billion itu dimasukkan ke akaun Najib daripada dana 1MDB.

Pertuduhan yang dibacakan pada hari ini adalah dakwaan kedua jenayah yang berkaitan dengan syarikat 1MDB.

Najib sebelum ini didakwa dengan penggubahan wang haram, salah guna kuasa pada bulan Julai dan Ogos yang berkaitan dengan dana berjumlah RM42 juta yang diambil dari syarikat SRC International iaitu bekas syarikat di bawah 1MDB ke dalam akaun bank peribadi beliau.

Dalam dakwaan itu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan enggan mengakui sebarang salah laku yang dilakukan olehnya.

Untuk pengetahuan anda, syarikat 1MDB telah disiasat sekurang-kurangnya oleh 6 negara termasuk Singapura, Switzerland, dan Amerika Syarikat.

Syarikat SRC International menjadi fokus siasatan pihak berkuasa kerana semua transaksi meragukan melibatkan entiti dari Malaysia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat