Terkini: Harga Bitcoin Menghampiri Paras USD10,000 Setiap Satu

152

Harga matawang-Crypto iaitu Bitcoin kini melonjak menghampiri harga $10,000 buat pertama kali dalam sejarah di di beberapa pertukaran dagangan. Pada 2 bulan lepas, harga bitcoin baru sahaja berada di paras $5,000.

Fenomena kenaikan harga ini jika dibandingkan dengan saham dot-com yang merupakan gelembung terbesar sejak beberapa abad lepas dalam sejarah pasaran saham. Berdasarkan kiraan price-to-earnings ratio atau lebih dikenali sebagi (P/E Ratio). P/E Ratio adalah alat utama perkiraan harga saham suatu syarikat dibandingkan dengan pendapatan syarikat. P/E dot com adalah pada bacaan 175.

Kini Bitcoin telah mencapai harga $9,600 setiap satu dan jumlah pasaran sebanyak $155 billion. P/E bitcoin adalah bersamaan bacaan 708 iaitu hampir 4x ganda lebih mahal daripada saham dot com.

Peningkatan harga ini didorong oleh lambakan pelabur baru di seluruh dunia apabila melihat pelaburan itu menjanjikan dan dapat bersaing dengan pelaburan lain seperti emas, kerana pelaburan itu terlepas kawalan dariapda kerajaan dan perbankan.

Hal ini bukan sahaja menarik pelabur individu, namun syarikat-syarikat juga turut ikut serta. Malah terdapat beberapa syarikat turut mengaplikasikan ia sebagai transaksi.

Sekarang hampir setiap sektor mula melabur bitcoin tetapi ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum melabur;
1. Matawang crypto adalah sangat volatile.
2. Badan pengurus dana meletakkan caj yang tinggi untuk melabur.
3. Nilai bitcoin setakat ini adalah berdasarkan jangkaan.

Menurut penganalisis, pendorong utama terkini kenaikan harga ialah lambakan pelabur baru dan ‘pergerakan yang gila’ atau “mad momentum”. Namun setakat ini belum ada penganalisis yang tahu harga siling bagi bitcoin, iaitu setakat mana paras maksimum harga bitcoin dapat meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat