[TERKINI] Iran Lancar Serangan Balas Ke Pangkalan Udara Amerika Syarikat!

2,162

Iran telah mula melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara Amerika Syarikat di Iraq pada awal pagi tadi, beberapa jam selepas pengebumian jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh ketika serangan oleh AS pada Jumaat.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pentagon dengan menyatakan lebih sedozen peluru berpandu telah dilancarkan ke pangkalan udara al-Asad yang menempatkan tentera AS.

Jurucakap White House, Stephanie Grisham berkata, bahawa mereka telah mendapat laporan mengenai perkara itu dan Presiden AS Donald Trump kini sedang mengikuti dengan rapat situasi terkini serta turut berbincang bersama pasukan keselamatan kebangsaannya.

Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengeluarkan kenyataan bahawa pasukannya telah berjaya melancarkan serangan dengan puluhan peluru berpandu balistik sebagai balas dendam atas pembunuhan Qassem Soleimani.

Ekoran daripada sentimen yang kembali berisiko, pasangan matawang USD/JPY menjunam 80 pips pada sesi Asia manakala dagangan aset emas melonjak ke atas paras ketinggian terbaru pada $1,600. Pasaran saham di Asia pula jatuh dengan ketara sejurus selepas laporan tersebut dikeluarkan.

Ancaman seterusnya dikeluarkan oleh Iran untuk menyerang Amerika Syarikat jika negara itu bertindak balas terhadap serangan tersebut malah turut bersumpah untuk menyerang Dubai di Emiriyah Arab Bersatu dan Haifa di Israel jika ia didapati menyokong AS untuk menyerang Iran.

Susulan daripada itu, keselamatan di sekitar White House telah dipertingkatkan dengan pengawal keselamatan lengkap bersenjata dilaporkan sedang berkawal di beberapa lokasi penting di kediaman rasmi Presiden AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat