Terkini: Kali Pertama Harga Petrol & Diesel Diturunkan Dalam Penentuan Harga Siling Mingguan

109

Harga bahan api petrol dan diesel akan diturunkan sehingga 19 sen pada Khamis, kali pertama mekanisma harga siling mingguan diperkenalkan.

Harga petrol RON 95 diturunkan sebanyak 17 sen kepada RM2.13 setiap liter dari RM2.30 sebelum ini, manakala RON 97 diturunkan sebanyak 19 sen kepada RM2.41 dari RM2.60 sebelum ini.

Harga Diesel diturunkan sebanyak 9 sen kepada RM2.11 dari RM2.20 sebelum ini.

Hal ini disahkan sendiri oleh Datuk Alang Zari Ishak pengedar bahan api Petron.

Harga terbaru ini akan dilaksanakan secara rasmi pada Khamis sehingga 5 April minggu depan dan selepas itu harga baru pula akan digunapakai di seluruh negara.

Sebelum ini, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin, harga siling bagi minyak petrol dan diesel akan diumumkan bermula 30 Mac ini secara mingguan.

Hamzah dalam satu temubual berkata mekanisma harga siling ini digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Selain itu, pengguna juga dikatakan dapat mengetahui harga semasa.

Memetik kenyataan beliau, harga bagi kedua-dua bahan api ini akan ditetapkan berdasarkan harga pasaran dan akan berkuat kuasa bermula 12.01 pagi setiap hari Khamis.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat