Terkini!! Keputusan Mesyuarat The Fed Bersama Jerome Powell Terhadap Kadar Faedah

945

Federal Reserve (Fed) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada awal pagi Khamis. Kenaikan ini merupakana kenaikan pertama pada tahun ini sejajar dengan jangkaan pasaran.

Jawatankuasa Fed menaikkan kadar faedah semalaman dari jumlah 1.5% kepada 1.75% dalam mesyuarat pertama bersama pengerusi The Fed yang baru iaitu Jerome Powell.

Kadar penetapan oleh ahli jawatan kuasa ataupun “rate-setting” meramalkan kenaikan tiga kali kadar faedah pada tahun 2018 namun kadar unjuran faedah untuk tahun 2019 dan 2020 diubah dan disemak semula. Bank pusat meramalkan bahawa kadar faedah pada tahun 2019 ialah pada 2.9%, meningkat dari ramalan terdahulu yang menjangkakan pada kadar bacaan 2.7%. Manakala kadar faedah pada tahun 2020 dijangkakan meningkat sehingga 3.4, naik daripada anggaran sebelumnya iaitu 3.1%.

“Tiada ‘fourth dot‘ untuk tahun 2018 tetapi terdapat kemungkinan bahawa ‘fourth dot’ akan berlaku pada masa akan datang” kata firma penyelidikan Pantheon. Firma penyelidakan itu menambah bahawa ” hanya satu ahli FOMC sahaja yang berpendapat bahawa kadar faedah harus dinaikkan 4 kali untuk meningkatkan ramalan kepada empat kenaikan pada tahun ini”

Bagaimanapun inflasi yang rendah terus mempengaruhi keputusan bank pusat apabilah ahli-ahli mengekalkan ujuran/ramalan inflasi teras, Core-PCE mereka pada tahun 2018 tidak berubah pada kadar 1.9%. Sementara inflasi teras, Core-PCE untuk tahun 2019 disemak semula lebih tinggi pada kadar 2.1% daripada anggaran 2%.

Pasaran Buruh dijangkakan bertambah baik pada tahun 2018 dengan anggaran kadar pengangguran turun kepada 3.8% daripada jangkaan data sebelum ini iaitu 3.9%. Bagaimanapun, pengetatan pasaran buruh pada tahun 2019 dan 2020 dijangkakan akan menurun. Jangkaan Fed menurun sebanyak 4% untuk kadar pengangguran pada tahun 2019 dan 2020 pada aras 3.6% daripada 3.9% dan 3.6%.

Data ekonomi terkini menunjukkan pengukuhan dan mendorong pasaran buruh untuk kekal bertumbuh. Hal ini menyebabkan timbul persoalan sama ada Fed perlu menaikkan kadar yang lebih aggresif atau membiarkan ekonomi terus berkembang tanpa kenaikan yang terlalu cepat.

Tumpuan pelabur dijangkakan akan beralih kepada Federal Reserve Chairman iaitu Jerome Powell semasa beliau mengadakan sidang akhbarnya.

Dalam testimoni kongres pertamanya sebagai pengerusi The Fed, Powell mengatakan ekonomi telah bertumbuh lebih baik pada tahun ini daripada jangkaannya pada Disember tahun lepas dan berikrar untuk mengekalkannya dan meningkatkan kadar secara ansur-ansur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat