Terkini!! Keputusan Mesyuarat The Fed Terhadap Kadar Faedah

626

Pembuat dasar Fed melihat kadar inflasi semakin menghampiri sasaran bank pusat US menyebabkan harapan terhadap kenaikan kadar faedah secara berkala semakin dapat dicapai.

The Fed mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar pada 1.50% kepada 1.75% setelah tamat mesyuarat polisi selama 2 hari dan menjangkakan hanya 2 kali lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Berdasarkan minit mesyuarat, kadar faedah dijangka akan meningkat secara bertahap dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang hampir mencapai sasaran 2 peratus.

Ahli-ahli Fed mengatakan objektif komuniti pada ketika ini dalam jangka masa panjang adalah untuk mengembalikan kadar inflasi pada kadar 2 peratus.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi juga memuaskan berikutan beberapa faktor termasuk pasaran buruh yang kukuh yang mencapai dibawah kadar 4% buat pertama kali pada bulan April sejak tahun 2000.

Minit mesyuarat juga melaporkan bahwa beberapa fundamental ekonomi juga mendukung pertumbuhan ekonomi termasuk pasaran buruh yang kukuh, cukai kerajaan dan polisi perbelanjaan, keyakinan isi rumah dan perniagaan yang tinggi dan kondisi kewangan yang memuaskan.

Kebanyakkan pelabur mejangkakan kadar faedah akan dinaikkan pada mesyuarat bulan Jun nanti.

CIBC menyatakan bahawa minit mesyuarat Fed pada bulan ini sedikit dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat