Terkini!! Keputusan Mesyuarat The Fed Terhadap Kadar Faedah

689

The Fed mengekalkan kadar faedah pada hari Khamis dan dalam masa yang sama menyatakan keyakinan bahawa kadar inflasi menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh Bank Pusat.

Unjuran inflasi the Fed semakin hampir pada objektifnya selepas 6 tahun kenaikan harga berada di bawah paras 2 peratus walaupun ekonomi telah mengalami pemulihan.

Kadar inflasi telah meningkat kepada paras 1.9 peratus dalam kiraan tahunan pada bulan Mac. Peningkatan yang terbesar sejak Februari 2017.

Komuniti the Fed juga mengatakan sejak akhir-akhir ini, ekonomi telah mengalami pertumbuhan yang perlahan dalam ekonomi dan pekerjaan. Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut sedang berkembang pada kadar yang sederhana dan pekerjaan juga semakin bertumbuh.

Inflasi telah bergerak naik hampir kepada sasaranya pada kadar tahunan seperti yang dijangka. The Fed mengekalkan kadar faedah semalaman diantara paras 1.50 peratus dan 1.75 peratus. Pelabur menjangkakan kadar faedah akan dinaikan pada mesyuarat polisi 12-13 Jun.

Menurut pakar ekonomi, kadar faedah akan dinaikkan pada bulan Jun kecuali terdapat perubahan drastik antara 2 bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat