Terkini: Luno Sah Berdaftar Dengan Bank Negara Sebagai Reporting Institutions

0 12,218

Kuala Lumpur – 10 April 2018 – Luno Malaysia pada hari ini mengumumkan pendaftaran mereka secara rasmi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai ‘reporting institutions‘ seperti yang termaktub di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) – Matawang Digital (Bahagian 6).

Dokumen polisi ini menyenaraikan keperluan minimum dan standard yang perlu diperhatikan oleh ‘reporting institutions‘ bagi meningkatkan transparensi dalam aktiviti yang melibatkan matawang digital dan memastikan kawalan kukuh akta AML/CFT.

“Kami melihat sebarang langkah regulasi matawang digital sebagai isyarat yang sangat positif,” kata Vijay Ayyar, Pengurus Besar Luno. “Kami akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan industri ini lebih difahami. Kami telah bekerjasama dengan BNM dan juga regulator-regulator di dunia.”

Pada masa ini, Luno juga telah memulakan proses pengeluaran wang yang tertangguh bermula pada 29 Mac 2018. Sebelum ini Luno tidak dapat menjalankan operasi pengeluaran wang dan deposit berikutan pembekuan sementara akaun Maybank mereka. Ketika ini, pengeluaran wang yang tertangguh sedang diproses mengikut peringkat.

“Prioriti utama kami adalah untuk membolehkan pelanggan kami di Malaysia mempunyai akses kepada dana mereka,” kata David Low, Pengurus Luno di Malaysia. “Kami juga sedang cuba menggunakan cara lain untuk memproses deposit dan pengeluaran wang, agar kami dapat menjalankan perkhidmatan sepenuhnya. Malaysia dan Asia Tenggara adalah sangat kritikal dalam misi kami untuk membawa matawang digital kepada semua orang dan di mana sahaja.

Luno adalah salah satu platform Bitcoin yang popular di dunia yang memudahkan orang ramai membeli, menjual dan menyimpan serta belajar tentang matawang digital. Dengan lebih daripada 80 orang team di London, Singapura, Cape Town dan kini Kuala Lumpur – Luno bermatlamat untuk mengukuhkan posisinya sebagai Wallet Matawang Digital Nombor Satu dan Bursa Matawang Digital terkemuka di Malaysia.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa