Terkini: Pilihanraya Umum UK Akan Berlangsung Pada 8 Jun, Satu Lagi Risiko Politik

96

Perdana Menteri Theresa May mengumumkan pada Selasa bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada 8 Jun 2017.

May mengatakan, apabila beliau menjadi Perdana Menteri tahun lalu, United Kingdom memerlukan kestabilan dan beliau telah pun melaksanakannya

Beliau juga menegaskan telah melaksanakan hasil referendum Brexit yang dibuat pada Jun 2016. Rakyat UK telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum tersebut. Tambahnya lagi, Britain akan meninggalkan EU dan tidak ada jalan untuk kembali ke dalam blok tersebut.

May dalam ucapannya juga memperkatakan tentang Brexit di mana kerajaan mempunyai perancangan yang akan cuba mendapatkan semula kawalan terhadap undang-undang dan sempadannya. Oleh itu, beliau perlu membuat pilihanraya dalam masa terdekat ini kerana parti lain menentang perancangan kerajaan.

Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja tinjauan terbaru menunjukkan parti Konservatif mendahului 21 mata berbanding parti buruh.

Tinjauan dibuat oleh YouGov yang dikeluarkan pada Ahad menunjukkan 44 peratus akan mengundi parti konservatif dalam pilihanraya nanti. 23 peratus respondan pula akan mengundi parti buruh manakala 12 peratus mengundi Liberal Democrats, manakala Ukip mendapat sokongan 10 peratus.

Pasangan matawang Gbp/Usd bergerak volatile (turun-naik) sebelum pukul enam petang tadi sehinggalah ucapan dibuat oelh Theresa May. Gbp/Usd pada mulanya jatuh hampir 75 pip sebelum menguat semula hampir 80 pip.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat