Terkini: Sah, UK Akan Memulakan Proses Formal Brexit Minggu Depan

70

Perdana Menteri Theresa May akan memulakan proses formal Brexit dengan mencetuskan artikel 50  bagi meninggalkan Kesatuan Eropah pada 29 Mac ini, kata jurucakap pemimpin tertinggi British itu pada Isnin.

United Kingdom telah menyampaikan perkara ini kepada Presiden Majlis Eropah (European Council) Donald Tusk seperti yang dilaporkan oleh Reuters di Brussels.

“Jun 2016, rakyat UK telah membuat keputusan yang bersejarah bagi meninggalkan Kesatuan Eropah. Rabu minggu depan, kerajaan UK akan menepati janjinya dengan memulakan proses formal Brexit,” kata David Davis, Menteri Brexit.

Ini bermakna UK akan mengambil masa dua tahun untuk merundingkan terma-terma bagi meninggalkan Kesatuan Eropah. Dalam masa yang sama Theresa May akan berusaha bagi mencapai kata sepakat hubungan UK-EU selepas Brexit dua tahun lagi, di mana isu perdagangan akan menjadi perhatian khusus.

“Kami berhadapan dengan rundingan yang paling penting bagi generasi negara ini,” kata Davis.

“Kerajaan jelas dengan matlamatnya: perjanjian yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah UK dan keseluruhan Eropah. Ia adalah kerjasama baru yang positif antara UK dan rakan-rakan di Kesatuan Eropah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat