[Terkini] Trump Kenakan Tariff Baru $200 Billion Terhadap China

1,002

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menambah kecelaruan perdagangan dengan China apabila mengenakan 10% tariff terhadap $200 billion import dari China. Ia satu tindakan yang meracuni suasana rundingan, menurut salah seorang regulator dari China.

Selain daripada itu, Trump juga memberi amaran pada Isnin bahawa AS akan meneruskan tariff fasa ketiga yang berjumlah $267 billion, jika China bertindak balas terhadap tariff baru tersebut.

China pula berkemungkinan membatalkan kunjungan delegasi ke Washington untuk tujuan rundingan disebabkan tindakan Amerika pada Isnin. Pengenaan tariff baru $200 billion itu dilihat akan menyebabkan ketegangan kedua-dua kuasa ekonomi dunia berlanjutan sekaligus memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi global.

Tindakan AS terhadap China tidak akan berhasil kerana China punya alat polisi fiskal dan monetari yang teguh untuk berhadapan dengan impak itu, demikian kata pegawai pasaran daripada China.

“Presiden Trump adalah ahli perniagaan yang teruk, dan beliau cuba untuk meletakkan tekanan terhadap China supaya beliau mendapat persetujuan dalam rundingan. Saya rasa taktik sebegitu tidak akan berhasil terhadap China,” kata Fang Xinghai, naib pengerusi regulator sekuriti China.

Sehingga kini, Amerika Syarikat telah mengenakan tariff sebanyak $50 billion terhadap produk daripada China dalam usaha mengubah tatacara perdagangan China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat