Terkini: Ulasan Minit Mesyuarat FOMC, US Dollar Lemah!

43

Minit mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) pada 1 Februari lepas menyatakan majoriti ahli berpendapat kenaikan kadar adalah perlu tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dan juga ketidaktentuan yang begitu tinggi dalam situasi semasa.

Dalam kalangan ahli majlis pengundian, ramai di antara mereka melihat risiko tekanan kenaikan inflasi masih di tahap sederhana di mana mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi respon jika tekanan inflasi semakin meningkat.

Data tumpuan inflasi, PCE (personal consumption expenditure) naik kepada 1.6% dan beberapa ahli juga menyatakan petunjuk inflasi yang lain semakin menghampiri sasaran 2%.

Terdapat ‘upside risk‘ kepada ekonomi dengan potensi pengembangan polisi fiskal di US walaupun ada beberapa ahli berpendapat polisi fiskal oleh kerajaan hanya akan memberi ‘downside risk‘ kepada ekonomi.

Mesej utama dalam mesyuarat kali ini adalah ‘ketidaktentuan yang begitu tinggi’ khususnya terhadap polisi fiskal dan inflasi.

Tidak ada petunjuk jelas tentang kenaikan kadar pada Mac ini walaupun kenaikan CPI baru-baru ini boleh meningkatkan potensi kepada kenaikan kadar.Jika The Fed benar-benar mahu menaikkan kadar pada Mac, mungkin akan ada isyarat dari kalangan ahli FOMC selepas ini.

Kurangnya komitmen oleh FOMC untuk menaikkan kadar Mac telah menolak semula US dolar ke bawah,dnegan Usd/Jpy melemah sejurus minit ini dikeluarkan dengan kejatuhan 70 pip selepas sejam. Eur/Usd pula menguat 42 pip selepas sejam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat