[Terkini] Zahid Hamidi Ditahan Untuk Pendakwaan Mahkamah Esok

978

Datuk Seri Zahid Hamidi akhirnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis untuk didakwa di mahkamah esok.

Presiden UMNO itu akan menghadapi beberapa pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyan Kuala Lumpur pada Jumaat untuk pertuduhan tersebut.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 3.00 petang dengan menaiki sebuah kenderaan SUV berwarna putih ditemani oleh peguam dan ahli keluarga beliau.

Sebelum ini, Zahid pernah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM pada 3 Julai dan diikuti 10, 11 dan 12 Oktober membabitkan siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Untuk pengetahuan anda, Zahid juga disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 billion ke akaun bekas perdana menteri, Najib Razak.

Yayasan Akal Budi yang ditubuhkan sendiri oleh keluarga Zahid adalah bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan juga menyediakan pendidikan islam kepada keluarga dan anak-anak di bawah yayasan tersebut.

SPRM sebelum ini menyiasat tentang dakwaan wang berjumlah RM800,000 kepunyaan yayasan itu yang digunakan untuk membayar hutang kad kredit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat