Terlajak undi boleh diundur ke?

38

Masih ingat post ini yang berkaitan dengan keputusan Brexit? Kita recap balik, keputusan referendum pada 23 Jun lalu berpihak kepada pihak pro-Brexit, dengan keputusan majoriti yang sangat tipis sebanyak 51% iaitu seramai 16.1 juta yang mahu United Kingdom keluar daripada European Union.

Dan setelah keputusan referendum dikeluarkan, sehingga hari ini satu petisyen online telah diadakan dan mengumpul sebramai 4.1 juta yang mahu referendum diadakan sekali lagi, bertujuan untuk mengubah keputusan referendum lalu.

Walaubagaimanapun, Kerajaan UK dan Perdana Menteri David Cameron telah menegaskan bahawa keputusan yang diperoleh pada bulan lalu merupakan keputusan undian majoriti dan mestilah dihormati oleh semua.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan UK adalah sedang bersedia menjalani proses untuk keluar daripada EU dan mencuba yang terbaik untuk mendapatkan apa yang terbaik kepada rakyat UK dalam rundingan bersama EU.

Calon menggantikan David Cameron sebagai ketua Parti Conservative, Theresa May dan Andrea Leadsom juga menegaskan rakyat UK untuk menghormati keputusan tersebut.

Pro-Bremain berharap masih ada cara lain lagi untuk memastikan UK terus kekal dalam EU dan terdapat spekulasi antarabangsa yang Brexit mungkin tidak akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat