Terlibat Dalam Inisiatif Mining BTC $1 Bilion, Tether Bakal Bersinar?

127

“Nampaknya El Salvador semakin berkembang untuk menguasai pasaran kripto.”

Firma Volcano Energy berpangkalan di El Salvador dilaporkan melabur $1 bilion dalam mining aset digital berkuasa lestari sebagai sebahagian daripada rancangannya yang ingin meletakkan negara tersebut sebagai pemain global terkemuka dalam pasaran mining Bitcoin (BTC).

Setakat ini, firma tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak $250 juta untuk projek itu yang disokong oleh Presiden El Salvador Nayib Bukele dan pengeluar terkemuka industri BTC.

Volcano Energy pada masa ini sedang berada dalam proses membangunkan kemudahan penjanaan kuasa berkapasiti 241 MW yang dikuasakan oleh angin dan solar, di mana ia akan membuka jalan untuk mining berkuasa geoterma di bawah talian.

Menurut Max Keizer, ahli Pejabat BTC kebangsaan El Salvador yang kini merupakan Pengerusi Volcano Energy berhasrat melaksanakan kebebasan ekonomi, penentuan nasib sendiri dan pengumpulan kekayaan berdaulat untuk generasi akan datang.

Selain terlibat dalam merancang dan memperoleh 23% daripada hasil BTC dijananya, kerajaan El Salvador turut akan menyalurkan sebanyak 27% hasil kepada pelabur dan 50% untuk membangunkan infrastruktur mining, ulas Keizer lagi.

Namun perlu diketahui bahawa pelaburan tersebut juga disokong oleh Tether (USDT), iaitu penyedia stablecoin terbesar di dunia yang telah melaporkan keuntungan bersih $1.5 bilion pada suku pertama (Q1) 2023.

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) USDT, Paolo Ardoino mendedahkan semua aset digital tersebut kekal disokong sepenuhnya sambil menambah mereka telah melabur dalam mining BTC di Uruguay pada tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat