Termurah Dalam Tempoh 9 Bulan, Emas Terus Terjun!

2,180

Emas terus kehilangan daya tarikan setelah menyentuh paras terendah sembilan bulan pada $1,701 per auns pada sesi New York yang ditekan oleh lonjakan hasil bon AS dan US dolar yang lebih kuat.

Niaga hadapan emas juga turut dihentam keras dengan diperdagangkan ke paras terendah $1,699.40 sebelum pulih ke tahap $1,710 per auns pada sesi Asia hari ini. Sementara spot emas pula sedikit susut pada $1,711 per auns.

Menurut Federal Reserve (Fed), pemulihan ekonomi AS berterusan dengan kadar sederhana pada tahun ini.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans memberitahu bahawa beliau melihat kenaikan hasil bon yang kuat baru-baru ini mencerminkan peningkatan ekonomi.

Pelabur kini menunggu ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell mengenai ekonomi AS dalam satu acara dalam talian yang dihoskan oleh Wall Street, dan ia mungkin dapat menentukan arah aliran pasaran bon dan matawang global.

Selain itu, kelemahan data pekerjaan ADP AS yang tanpa dijangka malangnya gagal merangsang kenaikan logam berharga emas. Ekonomi AS hanya menambah 117,000 pekerjaan dalam sektor swasta pada Februari berbanding 225,000 yang dijangkakan oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat