Tersalah Langkah – Angela Merkel Buat ‘U-Turn’!

535

Canselor Jerman Angela Merkel pada hari ini terpaksa membuat pusingan U dengan menukarkan kembali rancangan untuk mengenakan langkah ‘lockdown’ selepas mendapat kritikan para pakar dan pegawai atasan kerajaan.

Rancangan tersebut memerlukan negara Jerman berada dalam kawalan yang ketat dan semua kedai dan gereja akan ditutup dari 1-5 April. Rancangan ini telah mendapat kritikan hebat menyebabkan Merkel menarik kembali rancangan yang dirancang pada awal minggu ini. Tujuan utama pelan tersebut adalah untuk menghentikan penularan Covid-19 gelombang ketiga.

Kritikan tersebut datang daripada golongan pakar kesihatan, pemilik peniagaan dan penganalisis. Mereka berhujah ia akan memberi impak yang besar terhadap ekonomi dan kebanyakkan pendapatan rakyat akan terjejas.

Para peneliti melihat ini satu perkara yang jarang berlaku dimana tokoh Eropah menarik kembali pandangan. Tindakan Merkel telah mendapat pujian ramai pihak. Jerman setakat ini telah mencatatkan hampir 2.7 juta kes jangkitan Covid-19 dan lebih 75,000 kematian berdasarkan data yang dikeluarkan Johns Hopkins University.

Negara Jerman berada dalam peringkat melonggarkan sekatan yang dikenakan dengan membuka kembali sekolah dan beberapa sektor ekonomi. Kemunculan varian baru Covid-19 terus menjadi cabaran utama terutamanya di negara Eropah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat