Tersentak Dengan Keputusan Fed, USD Junam Parah!

586
  • Indeks dolar merudum ke paras terendah
  • Fed setuju naikkan kadar 25 mata asas
  • Powell akui proses disinflasi telah bermula

Dolar AS menjunam selepas dikejutkan dengan keputusan dan kenyataan Federal Reserve (Fed) yang berubah dovish pada mesyuarat polisi terbarunya.

Menepati jangkaan, Fed meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dengan mengatakan bahawa inflasi telah mula menurun (disinflasi).

Pelabur melihat kenyataan tersebut sebagai isyarat dovish walaupun Fed mengatakan beberapa kenaikan kadar masih diperlukan dan pemotongan tidak akan berlaku.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback menyusut di bawah paras harga 101.00 pada sesi Asia, paras terendah 9 bulan.

Sementara itu, euro melonjak ke puncak tertinggi hampir 10 bulan pada paras harga 1.1020, manakala pound pula lebih tinggi pada sekitar harga 1.2390 berbanding US dolar.

Tumpuan pelabur kini beralih pula kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dan Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada sesi New York, di mana kedua-duanya dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Meneliti reaksi mata wang komoditi, dolar Aussie meroket ke paras ketinggian terbaharu 8 bulan manakala dagangan dolar New Zealand pula paling kukuh 2 minggu berbanding USD.

Selain itu, dolar Kanada pula diniagakan di paras terkuat 3 bulan berbanding greenback walaupun di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah.

Di samping itu, mata wang yen Jepun juga diniagakan meningkat ke paras tertinggi 2 minggu berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat