Tersepit Dengan Brexit – BOE Percaya Ini Keputusan Terbaik Walaupun Tidak Disukai Pasaran!

354

Bank pusat UK telah mengambil keputusan pada hari Khamis untuk mengekalkan pendirian dasar monetari . Bank of England mengekalkan kadar pinjaman utamanya pada kadar 0.1%, setelah dua kali mengurangkan kadar yang bermula dari 0.75% sejak penularan wabak Covid-19 berlaku. Dalam masa yang sama, BoE juga mengekalkan sasaran pembelian bon yang berjumlah $1.2 trilion.

Sebelum ini iaitu pada November yang lalu, hasil keputusan mesyuarat menatijahkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memilih untuk meningkatkan jumlah pembelian bon berikutan UK mengenakan sekatan Covid-19 di seluruh negara selama sebulan bagi mengekang penularan pandemik yang semakin melonjak naik.

Laporan pada hari Khamis ini menekankan bahawa percubaan vaksin dan pengedaran vaksin bagi peringkat awal dilihat dapat menurunkan risiko terhadap unjuran ekonomi. Data yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan pemulihan ekonomi UK hampir mendatar pada bulan Oktober walaupun sebelum pelaksanaan langkah-langkah yang lebih ketat.

UK telah mencatat satu jumlah rekod kematian tertinggi di Eropah akibat jangkitan Covid-19 dengan 65,618 kematian dan lebih daripada 1.8 juta kes dicatatkan pada hari Khamis pagi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins.

MPC melaporkan bahawa prospek ekonomi masih belum dapat dipastikan. Ia bergantung pada penularan Covid-19 dan langkah-langkah yang diambil bagi mengekang penularan tersebut. Selain itu, turut menjadi faktor besar ialah perkembangan rundingan perdagangan antara Kesatuan Eropah dan UK.

Inflasi CPI (Indeks Harga Pengguna) 12 bulan UK jatuh kepada 0.3% pada bulan November daripada paras bacaan 0.7% yang dikecapi pada bulan Oktober. Matawang GBP masih mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.60%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat