Tersungkur Pelabur Tempatan Tidak Terkata-Kata Kerana FOMC

374

Pembukaan lemah Bursa menjelang hujung minggu adalah disebabkan sentimen pembelian yang suram selepas kenaikan kadar faedah 75 mata asas di Amerika Syarikat.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 3.29 mata pada 1,448.32 sebelum turun 4.96 mata pada 1,446.65 berbanding penutupan Rabu pada 1,451.61.

Di pasaran meluas, kerugian pada 209 atasi keuntungan pada 77, manakala 215 kaunter pula tidak berubah, 1,824 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 177.37 juta unit bernilai RM47.95 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, lantunan di paras sokongan 1,450 pada penutupan Rabu ekoran pembelian di kaunter perladangan dan telekomunikasi gagal dikekalkan.

Faktor tersebut berkemungkinan berlaku dengan pelabur menantikan bacaan kadar faedah Bank Negara Malaysia hari ini dan indeks dijangka berlegar pada paras 1,440-1,460.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Digi.Com Bhd serta IOI Corp Bhd mendatar pada RM8.54, RM3.81 serta RM3.99 sementara Public Bank Bhd dan Maxis Bhd jatuh 2 sen pada RM4.43 dan RM3.84 manakala CIMB Group Holdings Bhd naik 1 sen pada RM5.50.

Saham aktif memperlihatkan Ta Win Holdings Bhd, Dolphin International Bhd dan Bina Puri Holdings Bhd turun 0.5 sen pada 8.5 sen dan 2.5 sementara Advance Synergy Bhd pada 7 sen dan Citaglobal Bhd pada 27.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas susut 34.64 mata pada 10,262.80, FBM 70 turun 41.63 mata pada 12,159.22, indeks FBMT 100 hilang 34.29 mata pada 9,996.56, indeks FBM Emas Shariah jatuh 47.07 mata pada 10,320.60 dan FBM ACE junam 40.06 mata pada 4,913.78.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 1.39 mata pada 16,324.70, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.87 mata pada 173.95, indeks Perladangan jatuh 50.44 mata pada 6,786.25 dan indeks Tenaga tambah 0.34 mata pada 710.67.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat