Tertinggi 10 Minggu, GBP/JPY Sambung Semula Trend Bullish!

147

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY rupanya belum berakhir apabila lonjakan ke paras ketinggian terbaru berjaya dicatatkan lagi harga pada awal minggu ini.

Mengimbas analisis yang dikongsikan pada Jumaat lalu, penurunan harga telah dipaparkan ke paras 161.200 setelah berundur dari paras tertinggi 9 minggu dicapai sebelumnya pada 163.700.

Namun, trend bullish kembali diteruskan dengan faktor positif yang menyokong pengukuhan Pound di awal minggu ini berkaitan isu Brexit.

UK dan Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersetuju meminda perjanjian protokol Ireland Utara yang sebelum ini menjadi isu penghalang persetujuan dicapai kedua-dua pihak.

Dengan laporan terbaru ini, pasaran menilai sebagai perkembangan positif di Eropah dan telah memacu peningkatan nilai mata wang Pound dan juga Euro.

Justeru, situasi ini telah kembali menyokong corak kenaikan berterusan pada carta GBP/JPY ketika dagangan menghampiri penghujung Februari.

Pada Isnin semalam, harga dilihat telah meneruskan pendakian mencatatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu mencapai 164.500 bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

Zon tersebut menjadi rintangan terbaru buat harga dan pergerakan harga mula mendatar di bawah zon tersebut menuju dagangan sesi Eropah.

Harga kekal bergerak pada trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY setelah menembusinya sejak penghujung minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga menembusi rintangan 164.500 sebelum kenaikan terbaru bakal menuju sekitar 166.200 pula.

Namun jika harga gagal lepasi rintangan 164.500, penurunan harga boleh berlaku semula dan berkemungkinan susut di bawah paras sokongan MA50.

Kembali memberi isyarat perubahan trend bearish, harga akan menguji zon 162.00 sebelum meneruskan penurunan ke sekitar 160.500 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat