Tertinggi 7 Tahun, Inflasi Jepun Makin Jauh Melepasi Sasaran Bank Pusat!

380

Inflasi Jepun terus meningkat melepasi sasaran 2% bank pusat pada bulan Julai, didorong oleh harga bahan api dan bahan mentah yang lebih tinggi, menambah kos sara hidup bagi isi rumah yang masih belum melihat kenaikan gaji yang ketara.

Terbaharu, indeks harga pengguna teras (CPI) yang tidak termasuk harga makanan segar, dilaporkan meningkat 2.4% pada bulan lalu berbanding tahun sebelumnya, juga merupakan paras ketinggian 7 setengah tahun.

Ini menyusuli kenaikan 2.2% yang dicatatkan pada Jun dan menandakan peningkatan bulan keempat berturut-turut di mana inflasi pengguna teras melebihi sasaran Bank of Japan (BOJ).

Penganalisis beranggapan bahawa peningkatan terbaharu ini mungkin tidak akan mendorong bank pusat itu menarik balik pelonggaran monterinya buat masa ini.

Malah, Gabenor Haruhiko Kuroda juga sebelum ini telah berulang kali mengatakan bahawa inflasi dipacu komoditi semasa adalah sementara dan pertumbuhan gaji yang lebih kukuh diperlukan untuk mencapai sasaran bank pusat.

Jepun terus ketinggalan di belakang ekonomi-ekonomi maju lain yang telah menaikkan kadar faedah secara agresif untuk menurunkan inflasi.

Melihat reaksi yen, mata wang itu tidak terkesan susulan penerbitan data ini sebaliknya didagangkan lebih rendah berbanding US dolar yang mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat