Teruknya! Semua Mata wang Utama Jatuh Pada Sesi Eropah

400

Sentimen risk-off terus menguasai pasaran pada pembukaan sesi Eropah, mendorong kebanyakan mata wang utama terperosok lebih rendah dan US dolar pula kekal menguat.

Ketika penulisan, indeks dolar kembali meningkat di sekitar harga 105.00 berbanding pesaing utamanya setelah menokok kira-kira 0.3%.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand antara mata wang yang paling teruk terkesan dengan masing-masing menjunam ke paras terendah dua tahun berbanding dolar greenback.

Kemerosotan ini dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan risiko kemelesetan yang turut mengheret pasaran saham Amerika Syarikat untuk merekodkan prestasi terburuknya pada separuh pertama 2022 sejak tahun 1970.

Situasi ini juga dapat dilihat menimpa pasaran saham Eropah dan Asia yang turut menderita parah apatah lagi ketika bank pusat berusaha untuk mengekang inflasi dengan menaikkan kadar faedah.

Keuntungan yang diperlihatkan safe-haven yen juga menandakan risiko mendominasi pasaran, selain turut mendapat sokongan daripada penurunan hasil bon AS 10 tahun yang tergelincir di bawah tahap 3% ekoran kekhuatiran terhadap prospek ekonomi menyuramkan.

Dalam pada itu,  dagangan pound sterling turut susut ketara dengan pergerakan harga terus melemah pada sekitar paras terendah sejak Mac 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat